Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - KESEBELAS


PERASAAN SAYA


Perasaan saya tentang pertandingan ini ialah , saya telah dapat diberi peluang untuk mengetahui lebih tentang budaya melayu melalui mencari informasi tentang permainan-permainan tradisional dan juga sedikit tentang makanan tradisional kegemaran saya . Saya harap satu atau lebih murid dari sekolah saya akan dapat memenangi pertandingan ini .

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - KESEPULUH




MAKANAN-MAKANAN TRADISIONAL

Makanan - makanan kegemaran saya semua terletak di gambar-gambar di atas . Makanan seperti nasi lemak , nasi ayam , mee goreng , mee rebus dan banyak lagi semua adalah makanan tradisional melayu yang telah juga dimakan oleh orang-orang zaman dahulu .

Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - KESEMBILAN


CONGKAK

Permainan congkak adalah permainan tradisional yang terkenal dan selalu dimain pada kalangan orang wanita .
Untuk bermain congkak , kita perlukan dua pemain . Congkak selalu dibuat dari kayu dan goli nya dari plastik ataupun menggunakan biji-biji pada zaman dahulu . Pemain ini amat menarik untuk dimain . Permainan congkak ini masih dimainkan di Singapura dan selalu dimain oleh kanak-kanak .

Sunday, July 25, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - KELAPAN


RACIAL HARMONY (HARI KERHARMONIAN KAUM )

Hari Kerharmonian kaum selalu diadakan pada 21 Julai di Singapura setiap tahun . Pada hari ini , murid-murid di sekolah saya akan memakai pakaian tradisional seperti baju kurung , cheongsam , sari , baju kebaya dan banyak-banyak lagi .

Pada hari ini , kebanyakan murid-murid cina di kelas saya memakai baju kurung melayu kita . saya juga memakai baju kurung saya kerana saya tidak ada baju tradisional cina atau tamil .

Selain pakaian tradisional , sekolah saya telah mengadakan persembahan tentang agama dan bangsa kita dan juga penyanyian dan juga persembahan menari dari murid-murid sekolah saya .

Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

SILAT

Silat adalah seni mempertahankan diri yang telah diamalkan sejak zaman dulu lagi . Silat telah banyak dipelajari di Singapura , Malaysia , Indonesia dan Brunei .

Silat mempunyai banyak gaya dan di lain-lain negara mereka ada cara gaya silat sendiri .

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

DIKIR BARAT

Dikir barat adalah sesuatu teater tradisional yang paling digemari oleh orang-orang melayu kita.

Didalam persembahan dikir barat , terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara . Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dan suara yang kuat dan lantang.

Permainan dikir barat ini selalu dimainkan di majlis perkahwinan .

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

TENG TENG

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di kanan .

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.