Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA

SEPAK RAGA / TAKRAW

Sepak raga atau takraw ialah sejenis permainan gabungan bola sepak dan bola voli . Dalam permainan ini , pemain itu tidak boleh menyentuh bola dengan tangan . Sepak takraw terkenal di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia , Thailand dan Indonesia .

Permainan ini berasal dari zaman Kesultanan Melaka ( 1401-1511 ) . Bola terbuat dari anyaman rotan .

Permainan Sepak raga dan Sepak Takraw ada perbezaannya . Iaitu sepak raga bermain dalam bulatan dan hanya menimbang bola tersebut tanpa menjejakkan bola itu ke lantai. Permainan sepak takraw adalah permainan yang mempunyai tiga anggota ataupun dua anggota yang berlawanan dengan anggota-anggota lain .

Permainan sepak takraw juga ada undang-undang yang sama dengan bola voli iaitu , pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan , anggota itu hanya boleh menyentuh bola tiga kali sahaja .

No comments:

Post a Comment